Tuesday, December 27, 2011

PERBANKAN ISLAM

1.0       PENGENALAN PERBANKAN ISLAM 

1.1       Definisi Bahasa

Berasal daripada perkataan Itali iaitu ‘banco‘ yang beerti kepingan papan tempat meletak buku atau sejenis meja iaitu ‘bench‘.Didefinisikan sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman dan terimaan bil pertukaran.Qamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam ialah tempat untuk meletakkan harta bagi tujuan pekerjaan tertentu di bawah penyelenggaraan yang khusus.
Manakala, Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.


1.2       Definisi Istilah

Perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

2.0       KONSEP- KONSEP UTAMA PERBANKAN ISLAM

Berikut merupakan 18 konsep utama dlam perbankan Islam:-

2.1       Al Wadiah Yad Dhamamah

Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank.Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh pelanggannya.


 
Mekanisme operasi Wadi’ah:

1
 
ANDA
 
2
 
 













anda mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang tersebut akan dipulangkan kepada anda. Kemudian anda boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposi dan pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu. Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti penyimpanan deposit, khidmat pemegang amanah dan peti simpanan deposit.


2.2       Al Mudharabah
Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak, iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara: antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal.

Mekanisme operasi Mudarabah,

 





















 anda menyediakan dana kepada bank setelah bersetuju dengan terma dalam perjanjian Mudarabah.Bank melaburkan dana ke dalam aset atau usaha niaga yang dipersetujui.Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian. Keuntungan akan dikongsi di antara anda dengan bank  berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui.Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan mengurangkan nilai aset/ pelaburan dan seterusnya amaun dana yang telah anda laburkan di bank.


2.3       Al-musyarakah

Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami akan dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.


2.4       Al-murabahah

Transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.


2.5       Bai’ Bithaman Ajil  

Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.





Operasi Bai’ Bithaman Ajil,             

 















anda memilih suatu aset yang ingin dibeli.Kemudian anda dapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan yang telah termasuk keuntungan.selepas itu, Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai.Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerah hak milik aset kepada anda pada harga jualan tertangguh yang termasuk keuntungan .Pembayaran boleh dibuat secara tangguh atau ansuran dalam tempoh yang dipersetujui.


2.6       Bai’ al-Dayn

Bai’ al-dayn ialah transaksi jual-beli ke atas barangan.Ia merupakan akad penyediaan pembiayaan untuk jual-beli barang dengan menerbitkan surat utang dagang atau surat berharga lain berdasarkan harga yang telah disepakati terlebih dahulu dan pembiayaan ini bersifat jangka pendek (kurang dari satu tahun) dan hanya mencakup surat-surat berharga yang memiliki nilai rating investasi yang baik.


2.7       Al- Ijarah

Al-ijarah ialah menjual suatu manfaat/faedah penggunaan iaitu perkhidmatan dengan harga atau bayaran yang ditentukan .Konsep ini melibatkan dua kontrak yang berasingan. Kontrak pertama ialah kontrak Ijarah (pemajakan/menyewa) akan ditandatangani terlebih dahulu sebelum kontrak kedua iaitu kontrak Bai' (belian) dimeterai.Sebagai contoh, di bawah kemudahan pembiayaan kereta, pelanggan akan memasuki kontrak pertama dan memajak kereta tersebut daripada pemilik (bank) pada kadar sewa yang telah dipersetujui untuk suatu tempoh tertentu. Pada akhir tempoh pemajakan, kontrak kedua akan dikuatkuasakan bagi membolehkan pelanggan membeli kenderaan tersebut pada harga yang telah dipersetujui.


2.8 Al-Ijarah Thumma Al-Bai’

Ijarah Thumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan.Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/ penyewaan) dan kontrak Bai’ (jual beli).Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan dengan turutan yang betul.









Mekanisme Operasi Ijarah Thumma Bai’,
 




                   
2
 
ANDA

 
5
 
6
 
7
 
 











anda memilih kereta yang ingin dibeli.Kemudian anda memohon pembiayaan ijarah untuk kereta tersebut lalu membayar deposit kereta berkenaan dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.Selepas itu,bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.Kemudian,penjual kereta memberi hak milik kereta kepada bank.Bank memajakkan kereta tersebut kepada anda dan anda membayar sewa ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada anda pada harga yang telah dipersetujui.


2.9       Bai’ Salam

Bai’ Salam ialah suatu persetujuan dengan pembayaran dilakukan semasa penyerahan akad sedangkan pembayaran barangan ditanggahkan kesuatu masa yang ditetapkan.

2.10     Bai’ Al-Istijrar

Bai’ al-istijrar  ialah suatu akad antara pelanggan dengan pembekal untuk membekalkan suatu jenis barangan secara berpanjangan seperti mingguan dan bulanan dengan harga dan kaedah pembayaran yang ditetapkan.


2.11     Al-Qard (hutang)

Di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.
Contohnya; Pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak RM5,000 kepada peminjam berdasarkan Qard akan mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak RM5,000 kepadanya kelak pada masa yang dipersetujui.


2.12     Al-Kafalah

Al-kafalah ialah suatu jaminan yang bermakna iaitu menghadirkan seseorang yang mempunyai tanggungjawab tertentu untuk diambil tindakan.Tanggungjwab  di atas hak yang bersabitan atau wajib diatas orang lain.Dalam erti kata lain ia adalah mendapat suatu barangan gantian untuk pihak yuang berhak.


2.13     Al-Wakalah

Wakalah merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus.Pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas perkhidmatannya.
Contoh;Seorang pelanggan meminta bank membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat ter tentu. Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank akan dibayar fi atas perkhidmatannya.


2.14     Al-Hiwalah

Al-hiwalah ialah pemindahan dana dan hutang daripada akaun pendiposit(penghutang) kepada akaun penerima(pemiutang) di mana komisen berkemungkinan dikenakan bagi suatu perkhidmatan.


2.15     Al- Sarf

Al-Sarf ialah konsep jual-beli mata wang asing.Asal matawang adalah emas dan perak. Wang emas dipanggil Dinar dan wang perak dipanggil Dirham. Pada zaman sekarang matawang juga diperbuat daripada nikal, kopranikal, tembaga dan kertas yang diberi nilai yang tertentu. Matawang daripada bahan ini disebut matawang pada istilah.


2.16     Al-Rahn

Konsep menjadikan suatu barangan yang berharga sebagai sandaran bagi hutang yang diambil di mana barangan ini boleh membayar hutang tersebut jika hutang tersebut tidak dapat dijelaskan






2.17     Al-Ujr

Al-ujr adalah komisen atau yuran yang dikenakan bagi suatu perkhidmatan.Contohnya:


PERKARA
CAJ
KADAR / AMAUN
Pengeluaran wang tunai di
ATM MEPS
RM1.00 bagi setiap transaksi
GIRO Antara Bank
Dua transaksi pertama GIRO Antara Bank sebulan
RM0.50
GIRO Antara Bank seterusnya
RM2.00 bagi setiap transaksi
Akaun Dorman
Dengan baki sehingga RM5.00
Akaun akan ditutup dan baki ini akan diserap oleh Bank sebagai satu caj
Fi dan Caj lain
Akaun ditutup dalam tempoh 3 bulan
RM20.00
Penggantian Bankcard
RM12.00

 
 















2.18     Al-hibah

Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada manfaat yang diterima. Contohnya; dalam simpanan yang beroperasi di bawah Wadi`ah, bank lazimnya membayar kepada penyimpan Wadi`ah hibah walaupun pemegang akaun hanya ingin membuat simpanan mereka di bank.





3.0       SUMBER DANA PERBANKAN ISLAM DAN PENGGUNAAN  DANA  PERBANKAN  ISLAM

3.1       Jadual : Sumber Dana Perbankan Islam

Kategori
Produk
Prinsip Islam
Modal Asas
Saham
Al-Musyawarah
Simpanan
Akaun Simpanan
Al-Wadi’ah yad Dhamanah

Akaun Semasa
Al-Wadi’ah yad Dhamanah
Pelaburan
Pelaburan Am
Al-Mudharabah

Pelaburan Khas
Al-Mudharabah
Pembiayaan
Pasaran Wang Antara Bank
Al-Mudharabah

3.2       Jadual : Penggunaan Dana Dalam Perbankan Islam

Kategori
Produk
Prinsip Islam
Rezab Berkanun &Keperluan Kecairan
Rezab
Sijil Pelaburan
Al-Wadiah Yad Dhamanah
Al-Qardhul Hasan
Al-Mudharabah
Al-Musyarakah
Pembiayaan
Biaya Projek
Jualan Aset
Pajakan Operasi
Pajakan Modal
Perkhidmatan
Bersindiket
Urusniaga Sekuriti
Hutang
Al-Mudharabah
Al-Musyarakah
Al-Bai Bithaman Ajil
Al-Musyarakah
Mutanaqisah
Al-Ijarah
Bai Al-Takjiri
Al-Ujr
Bai Al-Dayn
Pembiayaan Perdagangan
Surat Kredit

Surat Jaminan Modal Kerja

Bil Tukaran Bersekuriti
Bil Tukaran Bersekuriti
Untuk Export
Anak-anak Syarikat
Portfolia Pelaburan
Al-Wakalah
Al-Musyarakah
Al-Mudharabah
Al-Murabahah
Al-Kafalah
Al-Murabahah
Al-Bai Bithaman Ajil
Bai Al Salaam
Bai Al-Istisna
Bai Al-Istijrar
Al-Musyarakah
Al-Mudharabah
Bai Al-Wafa
Al-Rahn
Bai Al-Dayn
Bai Al-Dayn
Al-Musyarakah
Al-Musyarakah

Fungsi Perbendaharaan
Pengurusan Dana
Jangka Pendek Bank
-Akaun Pelaburan
-Sijil PelaburanKerajaan
-Bil Tukaran
-Dana Antara bank
-Tukaran Asing
Al-Mudharabah
Al-Qardhul Hasan
Bai Al-Dayn
Al-Mudharabah
Al-Sarf
Fungsi Sosial
Dana Zakat
Pinjaman Qardul Hasan
Perumahan Kos Rendah
Yayasan Bank/ Kebajikan
-Derma
-Penajaan
Al-Qardhul Hasan
Harga Istimewa
Al-Infaq, Al-Hibbah, Ji’alah

4.0       SEJARAH LATAR BELAKANG BANK ISLAM DI MALAYSIA

Bank Islam atau perbankan Islam ( Islamic banking) adalah intitusi yang diwujudkan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bank, khususnya kepada umat Islam berlandaskan hukum syariah,manakala sistem perbankan Islam pula bermaksud satu rangka kerja institusi perbankan dan kewangan yang mana prinsip dan amalannya berlandaskan syariah untuk merealisasikan keadilan pengagihan kekayaan dan pendapatan.

Sejak dulu lagi umat Islam di Malaysia berhasrat tertegaknya sistem perbankan yang adil iaitu sistem perbankan Islam  dalam dunia perbankan dan kewangan  Negara. Sebenarnya umat Islam di Malaysia telah mengamalkan beberapa transaksi kewangan yang bebas daripada pengaruh riba contohnya amalan jual janji. Amalan jual janji ini diamal dan dilaksanakan kerana umat Islam pada waktu atau zaman itu ingin keluar daripada amalan pembiayaan pinjaman yang berasaskan riba yang dilaksanakan  oleh institusi ceti pada ketika itu.

Bay’ al-wafa’ atau conditional sale telah diamalkan oleh masyarakat Islam Malaysia pada suatu ketika dahulu dengan panggilan amalan jual janji. Amalan ini diamalkan di beberapa buah negeri seperti Kedah, Kelantan, Perlis dan utara Perak oleh golongan petani sebelum zaman penjajahan lagi. Bay’ pada bahasa bererti jual beli dan al-wafa’ bererti pelunasan atau penunaian hutang. Para ulama’ fiqh menta’rifkannya sebagai jual beli yang dilakukan oleh dua pihak yang terdapat syarat bahawa barangan yang diakadkan itu boleh dibeli semula oleh penjual apabila tamat tempoh masa tertentu yang dipersetujui bersama. Bentuk transaksi ini bertujuan untuk mendapatkan modal yang bebas daripada riba dalam usaha penanaman padi dan seumpamanya tanpa perlu menemui ceti atau mana-mana intitusi kewangan yang mengamalkan riba.

Impian untuk merealisasikan sistem perbankan Islam diusahakan dengan berbagai cara oleh para ulama’ , ahli ekonomi Islam dan para pegawai bank di dunia Islam bagi merangka penubuhan bank perdagangan Islam yang beroperasi berdasarkan prisip muamalat Islam. Akhirnya, usaha tersebut membuahkan hasil ekoran tertubuhnya Bank Perdagangan Islam yang pertama di Dubai pada tahun 1975.

Walaubagaimanapun, institusi perbankan Islam di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1963, iaitu dengan penubuhan Muslim Pilgrims Saving. Penubuhannya bermula daripada idea Professor Ungku Aziz untuk memudahkan umat Islam menyimpan atau menabung bagi menunaikan fardu haji. Pada tahun 1969, ia terus berkembang kepada Pilgrims Management dan Fund Board yang lebih dikenali sebagai Tabung haji. Kejayaan Tabung Haji menjadi inspirasi kepada tertubuhnya Bank Islam pada tahun 1969. Tabung Haji sendiri menyumbangkan 12.5 peratus modal initial BIMB yang berjumlah RM80 juta.

Pada bulan Mac 1981,satu seminar yang bertajuk, “ Seminar Kebangsaan Konsep Pembangunan Dalam Islam” yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah meluluskan resolusi meminta kerajaan mengambil tindakan segera menggubal undang-undang bagi membolehkan penubuhan bank dan institusi kewangan yang beroperasi berasaskan prinsip Islam. hasrat untuk menubuhkan bank Islam juga telah disuarakan di peringkat negeri dan oleh kumpulan masyarakat Islam di Malaysia. Usaha untuk menubuhkan Bank Islam telah dilaksanakan secara berasingan pada tahun 1980 oleh LUTH, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ( PERKIM) dan orang perseorangan.

Hasil daripada usaha ini kerajaan telah menerima syor atau cadangan daripada LTH supaya langkah bagi menubuhkan Bank Islam diselaraskan di peringkat kebangsaan. Lanjutan daripada itu, pada 30 julai 1981, kerajaan telah melantik jawatankuasa pemandu kebangsaan ( National Steering Committee) Bank Islam dengan dipengerusikan oleh YM Tan Sri Mohar Raja Badiozaman dan LTH dilantik sebagai urusetia. Bagi menyediakan laporan , jawatankuasa ini telah merujuk kepada Operasi Faisal Islamic Bank di Sudan dan Faisal Islamic Bank di Mesir sebagai panduan.







Laporan jawatankuasa ini telah dikemukakan kepada kerajaan pada 5 julai 1982 yang telah mencadangkan beberapa perkara seperti yang berikut :

1.                  Sebuah bank Islam yang menjalankan operasinya mengikut lunas-lunas hokum syariah hendaklah ditubuhkan.
2.               Bank Islam tersebut hendaklah dipebadankan sebagai sebuah syarikat di bawah akta syarikat 1965.

3.               Oleh sebab akta bank 1973 tidak sesuia bagi operasi bank Islam, maka satu peruntukan undang-undang yang dikenali sebagai akta bank Islam 1983 hendaklah dicadangkan untuk melesen dan mengawasi bank Islam dan beberapa pindaan perlu dibuat terhadap akta-akta berkenaan yang sedia ada.

4.               Bank Negara Malaysia, iaitu bank pusat perlu mentadbir akta bank Islam 1983.

5.               Bank Islam hendaklah menubuhkan majlis pengawasan( penasihat) syariah untuk menetukan bahawa ia menjalankan urus niaganya menurut lunas-lunas hukum syariah.

Manakala laporan jawatankuasa pemandu kebangsaan pula tentang perbankan Islam Malaysia menggariskan tiga asas utama yang seharusnya dilaksanakan dalam operasi dan amalan perbankan Islam iaitu:

1.               Pengharaman riba dan pelaksanaan system perkongsian untung dan rugi dalam semua aktiviti ekonomi yang melibatkan wang, kekayaan dan buruh. Konsep perkongsian untung dan rugi harus menggantikan mekanisme bunga dalam operasi perbankan Islam.
2.               Pengurusan bank Islam bersaskan kepada transaksi Islam (fiqh muamalat) supaya aktivitinya tidak berlawan dengan prinsip syariah.
3.               Menjauhkan semua aktiviti yang berlawanan dengan kepentingan umat Islam. aktvitinya yang tidak selaras dengan kepentingan ummah dianggap sebagai penyalahgunaan kekayaan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t.
                                                                                     
Bank Islam yang pertama ditubuhkan di Malaysia ialah bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Ia telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad di bawah akta syarikat 1965 pada 1 mac 1983 dengan nama BIMB dengan pejabat berdaftarnya di Malaysia. Operasi perniagaannya bermula pada julai 1983 dengan sebuah cawangan di kuala lumpur.

Susulan daripada itu, Pada 1 Oktober 1999, tertubuhnya satu lagi bank yang menjalankan sistem perbankan menurut prinsip Islam iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad ( BMMB) yang dianggap bank Islam kedua di Malaysia . Ia muncul setelah adanya usaha kerajaan untuk memperkukuhkan sektor perbankan Islam bagi memenuhi pertambahan permintaan masyarakat terhadap perkhidmatan perbankan Islam. Bank ini ditubuhkan hasil daripada penggabungan Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) dan Bank of Commerce Malaysia Berhad yang akhirnya melahirkan Bumiputera-Commerce Bank Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB).


5.0       PERBANKAN ISLAM DAN PERBANKAN KONVENSIONAL

Di peringkat awal Perbankan Islam (Juga Dikenali Sebagai Sistem Perbankan Tanpa Faedah-SPTF) kebanyakan produk-produk PI adalah mirip kepada produk perbankan konvensional tetapi tidak menggunakan kaedah berasaskan riba (pinjaman dikenakan “interest” atau faedah). Produk-produk PI ditawarkan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan hukum-hukum fiqh Islam atau syari’ah.

Bermula dengan Bank Islam Malaysia Berhad  (BIMB) pada tahun 1982, kini Perbankan Islam juga ditawarkan oleh bank-bank perdagangan walau bagaimanapun, wujud pengasingan sumber dan penggunaan dana untuk PI melalui sistem perakaunan dan pengurusan atasan yang khusus. Setiap produk PI yang ditawarkan akan disediakan panduan-panduan yang berasingan bagi melicinkan pelaksanaan produk kepada pelanggan. Falsafah asas dibelakang PI adalah bahawa produk-produknya adalah bebas dari elemen faedah atau riba.

 Logo perbankan Islam:
 
 




  



               


            Di perbankan konvensional, kaedah utama “perniagaan”nya adalah melalui aktiviti pinjaman (loans) yang dikenakan faedah dan caj perkhidmatan. Di perbankan Islam, perniagaannya adalah melalui urusniaga jual-beli, upah perkhidmatan, pelaburan dan pajakan. Maka perbezaan utama hasil di antara perbankan konvensional dan perbankan Islam adalah di antara hasil faedah dengan hasil keuntungan jual-beli. Ini dirumuskan seperti berikut:

1.         Perbankan konvensional – pembiayaan melalui instrument kewangan berasaskan pinjaman wang dengan faedah.

2.         Perbankan Islam – pembiayaan melalui instrumen kewangan berasaskan jual-beli atau kaedah lain yang tiada elemen faedah seperti yang diperuntukan melalui Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan Akta Bank Islam 1983.








5.1       PERBEZAAN PERBANKAN ISLAM DAN PERBANKAN KONVENSIONAL

PERBANKAN ISLAM
PERBANKAN KONVENSIONAL
  Objektif adalah produk/ perkhidmatan
  Pulangan adalah mirgin keuntungan
  Wang adalah alat pertukaran
  Objektif perniagaan adalah wang
  Pulangan adalah faedah
  Wang adalah perkara utama


6.0       BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) merupakan bank Islam kedua yang ditubuhkan di Malaysia selepas BIMB. BMMB merupakan gabungan daripada bahagian perbankan Islam daripada Bank Bumiputra Malaysia Berhad, BBMB kewangan dan Bank Of Commence  dan menawarkan satu altenatif baru kepada masyarakat yang dahagakan perkhidmatan perbankan Islam. Ia memulakan operasi pada 1 Oktober 1999 dan kini mempunyai kira-kira 40 cawangan di seluruh Malaysia.

            Dalam aktiviti deposit dan penyimpanan, BMMB menawarkan Akaun Simpanan Al-Wadiah, Akaun Semasa Al-Wadiah, Akaun Pelaburan Umum Al-Mudharabah dan Akaun Pelaburan Khusus Al-Mudharabah dan Akaun Pelaburan Khusus Al-Mudharabah. Dalam aktiviti pembiayaan pula, BMMB menawarkan pembiayaan rumah, aset tetap dan pendidikan. Bagi aktiviti pembiayaan dagangan, antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pembiayaan Modal kerja Al-Murabahah, Surat Kredit Islam, Bil Penerimaan Islam, Pembiayaan Semula Kredit Eksport Islam, Surat Jaminan Al-Kafalah dan lain-lain lagi.





7.0       PERBANKAN ISLAM DAN MASA HADAPAN

Perbankan Islam mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia. Walaupun mempunyai aset yang masih kecil berbanding aset keseluruhan sektor perbankan di Malaysia, jumlah ini terus berkembang dari semasa ke semasa. Penubuhan Bank Muamalat sebagai ‘Bank Islam kedua’ selain penukaran operasi Bank Rakyat ke arah sistem perbankan Islam menunjukkan potensi yang ada dalam perbankan Islam. Masalah-masalah seperti kekurangan pengetahuan masyarakat tentang perbankan Islam, promosi yang kurang agresif, kesebatian masyarakat dengan sistem konvensional, salah tanggapan masyarakat bukan Islam dan kurangnya sambutan daripada umat Islam sendiri boleh diatasi jika mereka yang terlibat sanggup bekerja keras semata-mata kerana Allah SWT.

Operasi perbankan Islam berkembang sejajar dengan pertumbuhan Negara. Pada akhir Ogos 2000, selain BIMB dan Bank Muamalat, terdapat 49 institusi kewangan lain (21 bank perdagngan, 16 syarikat kewangan dan 7 syarikat diskaun) yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam. Pada akhir Ogos 2000, jumlah deposit dalam perbankan Islam telah meningkat ke RM 31,105 juta (sebahagian besar deposit diperolehi daripada deposit pelaburan) dengan pembiayaan yang meningkat ke RM 17, 377 juta. Sebahagian besar pembiayaan disalurkan ke sektor harta kediaman (20.6%), sektor pengangkutan (13.3%) dan sektor perkilangan (10.4%). Sementara itu urusniaga pasaran wang antara bank secara Islam juga telah mencatatkan ke angka RM 202, 249 juta dalam lapan bulan pertama tahun 2000.









8.0       KESIMPULAN

Perlaksanaan sistem perbankan Islam di Malaysia telah dibuktikan berjaya melalui beberapa pendekatan yang telah ditetapkan. Pendekatan yang dilaksanakan secara bersepadu ini membolehkan perlaksanaan sistem perbankan Islam berjalan dengan lancar dan berkembang pesat bukan sahaja di arena tempatan malahan antarabangsa.

Dari aspek keberkesanan perlaksanaan sistem perbankan Islam pula, secara umumnya kita dapat melihat perkembangan positif sama ada dari sudut peratusan aset perbankan Islam mahu pun pertambahan produk-produk perbankan berdasarkan pelbagai konsep yang diterima oleh rakyat tempatan dan masyarakat antarabangsa.

Walaupun dengan pencapaian perlaksanaan sistem perbankan Islam ini, namun sehingga kini hasrat untuk memartabatkan ekonomi umat Islam khususnya di Malaysia masih belum dapat dicapai sepenuhnya. Hingga kini masih terdapat perbezaan ekonomi yang ketara antara penduduk bandar dan luar bandar, perbezaan pemilikan kekayaan negara antara kaum masih jelas dan penguasaan harta masih berada ditangan kelompok kecil tertentu.

Sebagai contoh matlamat Dasar Ekonomi Baru yang mensasarkan penguasaan 30 peratues ekonomi bumiputera masih belum dicapai walaupun dasar ini telah dilaksanakan sejak tahun 1970 lagi. Sehubungan dengan itu, perlaksanaan sistem perbankan Islam ini perlu dipergiatkan lagi secara berterusan, berhikmah dan bersifat global.









1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...