Sunday, November 7, 2010

HADIS MUDALLAS, HADIS MUNQATI ’ DAN HADIS MURSAL KHAFI

Pendahuluan

Hadits adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketetapan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama Islam. Hadits dijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain Al-Qur'an, Ijma dan Qiyas, dimana dalam hal ini, kedudukan hadits merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Qur'an.
Ada banyak ulama periwayat hadits, namun yang sering dijadikan referensi hadits-haditsnya ada tujuh ulama, yakni Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Turmudzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'i, dan Imam Ibnu Majah.
Tugasan ini akan menerangkan tiga jenis hadith yang terputus sanadnya iaitu hadis mudallas, hadis munqati’ dan hadis mursal khafi.

HADIS MUDALLAS

Pengertian Dari segi Bahasa :

· Kata nama objek bagi kata dasar tadlis iaitu menyembunyikan kecacatan barang daripada pembeli.

· Kata akar tadlis ialah al-dalas iaitu kegelapan atau percampuran dengan kegelapan sebagaimana yang disebutkan oleh kitab al-Qamus al-Muhit.

· Seolah-olah perawi mudallis menyembunyikan kepada orang yang mahu mengetahui sesebuah hadis bermakna dia telah mengelapkan perkara itu dan jadilah hadis itu mudallas(digelappkan).

Dari segi Istilah :
· Menyembunyikan keaiban di dalam sanad
· Memperelokkan zahirnya

Pembahagian Tadlis

1. Tadlis al-Isnad
2. Tadlis al-Syuyukh
____________________________________________________________
1.Kitab Taisir Mustolah Hadis karangan Dr.Mahmud Tahhan
2.Terjemahan Kitab Taisir Mustolah Hadis

Tadlis al-Isnad

Pandangan penulis yang paling sahih dan halus ialah takrif Imam Abu Ahmad bin Amar al-Bazzar dan Abu al-Hassan bin al-Qattan.
Takrif tersebut ialah :
“Seorang perawi meriwayatkan hadis-hadis yang tidak pernah didengari daripada perawi yang dia ada mendengar daripadanya tanpa menyebut dengan jelas bahawa dia mendengar daripadanya”

Huraian takrif

· Tadlis al-Isnad ialah seorang perawi yang telah meriwayatkan beberapa hadis daripada seorang syaikh yang dia pernah mendengar daripadanya tetapi hadis yang ditadliskannya itu dia tidak mendengar sendiri daripada syaikh tersebut.

· Sebenarnya dia meriwayatkannya daripada syaikh yang lain daripada yang pertama tadi.

· Jadi maknanya dia telah menggugurkan syaikh tersebut lalu meriwayatkan dengan lafaz yang diandaikan dia mendengar sendiri seperti ‘dia telah berkata’ atau ‘daripada’.

· Bagaimanapun dia tidak menyatakan dengan jelas bahawa dia mendengar hadis tersebut daripada syaikh tersebut.

· Dengan sebab itu dia tidak berkata, ‘saya mendengar’, ‘telah menceritakan kepada saya’ ,supaya dia tidak menjadi seorang pendusta besar dengan sebab perbuatan itu.

· Kadang-kadang perawi yang digugurkannya itu lebih daripada seorang.
____________________________________________________________
1.Kitab Taisir Mustolah Hadis karangan Dr.Mahmud Tahhan
2.Terjemahan Kitab Taisir Mustolah Hadis

Perbezaan antara Tadlis al-Isnad dengan al-Irsal al-Khafiy

Tadlis al-Isnad

Al-Irsal al-Khafiy

· Meriwayatkan daripada syaikh hadis yang tidak pernah didengari daripada syaikh itu dengan lafaz yang member kemungkinan dia mendengar.

· Perawinya adalah daripada orang yang dia tidak pernah mendengar hadis daripadanya.
· Ada mendengar juga beberapa hadis lain selain daripada hadis yang ditadliskannya.

· Langsung tidak pernah mendengar hadis daripada syaikh tersebut,baik hadis yang dimursalkannya atau hadis-hadis lain.Cumanya dia hanya hidup sezaman atau pernah bertemu sahaja.

____________________________________________________________
1.Kitab Taisir Mustolah Hadis karangan Dr.Mahmud Tahhan
2.Terjemahan Kitab Taisir Mustolah Hadis

Tadlis Al-Syuyukh

Definisi :

Seorang perawi meriwayatkan satu hadis yang didengarinya daripada syeikh lalu dia menamakannya, memberikan kunyah, menisbahkannya atau menyifatkannya dengan sesuatu yang syeikh itu tidak dikenali dengannya supaya tidak dikenali.
Contohnya :

Abu Bakar bin Mujahid, merupakan salah seorang imam qiraat berkata :
Abdullah bin Abi Abdullah menceritakan kepada saya yang mana maksudnya ialah Abu Bakar bin Abu Daud al-Sajistani.

Hukum Tadlis

Hukum Tadlis al-Isnad adalah sangat makruh dan dicela oleh kebanyakan ulama’.Syu’bah adalah seorang ulama’ yang keras mencela tadlis sehingga ada beberapa celaan daripada beliau.Antaranya ialah,tadlis adalah saudara berdusta,katanya.

Manakala hokum Tadlis Taswiyah lebih makruh lagi sehingga al-Iraqi berkata : Ia mencacatkan orang yang sengaja melakukannya.

Hukum Tadlis al-Syuyukh pula ialah lebih ringan hokum makruhnya daripada tadlis al-Isnad kerana mudallis tidak menggurkan sesiapa.Ia dihukumkan makruh kerana mengabaikan perawi yang diriwayatkan daripadanya dan menyukarkan pendengar untuk mengetahuinya.oleh itu dapat dikatakan bahawa keadaan makruh berbeza mengikut tujuan tadlis tersebut.
_______________________________________________
1.Kitab Taisir Mustolah Hadis karangan Dr.Mahmud Tahhan
2.Terjemahan Kitab Taisir Mustolah Hadis

Sebab-sebab yang Menyebabkan tadlis al-Syuyukh :

1. Syeikh itu seorang yang daif atau tidak thiqah
2. Syeikh itu telah lanjut usianya sehingga sekumpulan perawi yang lain juga mendengar hadis daripadanya selain dari perawi yang melakukan tadlis.

3. Syeikh itu muda sehingga muridnya itu lebih tua daripadanya.
4. Terlalu banyak periwayatan daripada beliau.aoleh itu,perawi yang melakukan tadlis ini tidak mahu menyebutkan nama gurunya ini dengan satu cara.

Tujuan-tujuan Tadlis al-Isnad :

1. Terlepas satu bahagian hadis daripada syeikh yang tidakmendengar
daripada mulutnya sendiri.
2. Syeikh itu seorang daif atau tidak thiqah
3. Syeikh Untuk memahamkan bahawa sanad itu tinggi.
4. itu usianya lanjut sehingga sekumpulan perawi yang lain juga
mendengar hadis daripadanya selain dari perawi yang melakukan tadlis.
5. Syeikh itu muda sehingga muridnya itu lebih tua daripadanya.

Tiga Sebab Mengapa Tercelanya Perawi Tadlis

· Dia telah mewahamkan bahawa dia mendengar hadis daripada perawi
yang tidak didengarinya.
· Dia meninggalkan cara periwayatan yang nyata dan menggunakan cara
yang menimbulkan pelbagai kemungkinan.
· Dia menyedari sekiranya dia menyebutkan perawi yang ditadliskannya
tentu dia tidak akan disenangi.
____________________________________________________________
1.Kitab Taisir Mustolah Hadis karangan Dr.Mahmud Tahhan
2.Terjemahan Kitab Taisir Mustolah Hadis

Hukum Periwayatan Perawi Hadis

Ulama’ berbeza pendapat tentang penerimaan riwayat perawi tadlis.Dua pendapat yang masyhur ialah :

1. Riwayatnya dotolak sama sekali walaupun dia menyatakan bahawa dia mendengar kerana tadlis itu sendiri merupakan tarjih.Pendapat ini dipegang oleh ulama’
2. Pendapat yang sahih mengemukakan perincian itu :

i. Jika dia menyatakan “ saya mendengar ” maka riwayatnya diterima iaitu beliau mengatakan saya mendengar atau sebagainya maka hadisnya diterima.
ii. Jika dia tidak menjelaskan bahawa dia mendengar maka riwayatnya tidak diterima kerana jika dia mengatakan “ daripada ” dan sebagainya maka hadisnya tidak diterima.

Bagaiamanakah Tadlis Dapat Dikenalpasti?

Tadlis dapat dikesan melalui dua perkara :
1. Pengakuan perawi mudallis sendiri apabila ditanya sebagaimana yang berlaku kepada Ibn ‘Uyainah.
2. Keterangan oleh mana-mana imam dalam bidang ini berdasarkan kepada pengetahuannya yang diperolehi melaui kajian dan penyelidikan.
__________________________________________________________
1.Kitab Taisir Mustolah Hadis karangan Dr.Mahmud Tahhan
2.Terjemahan Kitab Taisir Mustolah Hadis

Kitab-kitab yang Terkenal Tentang Tadlis dan Perawi-perawi Mudallis

Antara kitab –kitab yang paling masyhur ialah :


1. Tiga buah kitab yang ditulis oleh al-Khatib al-Baghdadi, satu kitab tentang senarai mudallis iaitu al-Tabyin Li Asma’ al-Mudallisin dan dua buah lagi tentang bentuk-bentuk tadlis.
2. Al-Tabyin Li Asma’ al-Mudallisin oleh Burhan al-Din bin al-Halabi
3. Ta’rif Ahl al-Taqdis Bi Maratib al-Mausufin bi al-Tadlis oleh Hafiz Ibn Hajar.
____________________________________________________________
1.Kitab Taisir Mustolah Hadis karangan Dr.Mahmud Tahhan
2.Terjemahan Kitab Taisir Mustolah Hadis

HADIS MUNQATI’


Maksud dari segi bahasa :


Ia adalah kata nama pelaku atau isim fa’il bagi kata kerja inqata’a yang membawa maksud terputus.

Maksud dari segi istilah :


Ia adalah hadis yang sanadnya tidak bersambung dari mana sudut sekalipun.

Contohnya :

Setiap sanad yang terputus di mana-mana tempat sanad sama ada di awal sanad atau di akhir sanad atau pertengahan sanad.Dengan itu,ia termasuk dalam ta’rif hadis mursal,hadis mua’llaq dan hadis mu’dal.bagaimanapun,ulama’ mustalih hadis mutakhirin mengkhususkan munqati’ dengan hadis yang tidak mempunyai bentuk hadis mursal,mua’llaq atau mu’dal.Begitu juga kebiasaan penggunaan ulama’ mutaqaddimin.Oleh sebab itu, Imam Al-Nawawi menyatakan bahawa : Munqati’ itu lebih banyak digunakan untuk riwayat perawi yang berada pada tingkatan selepas tabi’i daripada sahabat seperti Malik daripada Umar.
____________________________________________________________
1.Kitab Taisir Mustolah Hadis karangan Dr.Mahmud Tahhan
2.Terjemahan Kitab Taisir Mustolah Hadis

Munqati’ mengikut ulama’ hadis mutakhir

Munqati’ mengikut ulama’ hadis mutakhir adalah hadis yang tidak bersambung sanadnya yang tidak termasuk di dalam nama mursal,mua’llaq atau mu’dal.Hal ini menunjukkan seolah-olah munqati’ lebih umum bagi setiap sanad yang terputus selain dari tiga bentuk iaitu gugur di awal sanad’gugur di akhir sanad atau gugur gugur dua perawi berturut-turut di mana-mana tempat.Inilah yang dipilih oleh Hafiz Ibn Hajar di dalam al-Nukhbah dan syaratnya al-Nuzhah.Kadang-kadang sanad terputus di satu bahagian pada sanad dan kadang-kadang ia berlaku pada lebih daripada satu bahagian seperti dua atau tiga bahagian.


Contoh hadis munqati’ yang diriwayatkan oleh Abd al-Razzaq :

“Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami katanya al-Thauri telah menyebutkan daripada Abu Ishak daripada Zaid bin Yuthai’ daripada Huzaifah secara marfu’ : Jika kamu melantik Abu Bakar akan jawatan itu maka beliau adalah seorang yang kuat dan amanah.”
Di pertengahan sanad ini,seorang perawi telah gugur iaitu syarik antara al-Thauri dan Abu Ishaq kerana al-Thauri tidak pernah mendengar hadis daripada Abu Ishaq secara langsung.Sebenarnya beliau mendeengar daripada Syarik dan Syarik mendengar daripada Abu Ishaq.

Hukumnya :

Munqati’ adalah dha’if dengan persepakatan ulama’ kerana tidak mengetahui keduduksn perawi yang gugur.
____________________________________________________________
1.Kitab Taisir Mustolah Hadis karangan Dr.Mahmud Tahhan
2.Terjemahan Kitab Taisir Mustolah Hadis

HADIS MURSAL AL-KHAFIY

Definisi

Dari segi bahasa :


Mursal adalah kata nama objek daripada perkataan irsal iaitu melepaskan.Ia seolah-olah perawi hadis mursal melepaskan sanad tanpa menyambungkannya.Al-Khafi (yang tersembunyi) pula lawan kepada al-Jali (yang terang) kerana bentuk Irsal ini tidak jelas dan hanya diketahui melalui kajian.

Dari segi istilah :

Hadis yang diriwayatkan daripada perawi yang ditemuinya atau sezaman dengannya dengan menggunakan lafaz seolah-olah ia mendengar draipadanya seperti ‘ telah berkata ’.
Contohnya :

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah melalui Tariq Umar bin Abd al-Azizi daripada ‘Uqbah Ibn ‘Amir.
حدثنا محمد بن الصباح. أنبأن عبد العزيز بن محمد ابن زاءىدة, عن عمر بن عبد العزيز , عن عقبة بن عامر الجهني :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم.
((رحم الله حارس الحرس))

Maksudnya :

Rasulullah s.a.w bersabda : “Semoga Allah merahmati ketua sekalian pengawal.”
Umar tidak pernah pernah bertemu dengan ‘uqbah sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Mizzi di dalam kitabnya,al-Atraf.
____________________________________________________________
1.Kitab Taisir Mustolah Hadis karangan Dr.Mahmud Tahhan
2.Terjemahan Kitab Taisir Mustolah Hadis

Cara mengenal Mursal Khafi

Mursal Khafi dapat dikenali melalui salah satu daripada tiga perkara yang tertera :
1. Kenyataan oleh sebahagian imam bahawa perawi ini tidak bertemu dengan
orang yang dia meriwayatkan daripadanya atau orang yang tidak
pernah mendengar sama sekali.

2. Perawi memberitahu bahawa dia tidak pernah bertemu dengan perawi yang
dia meriwayatkan daripadanya atau tidak pernah mendengar daripadanya
satu hadis pun.

3. Hadis itu datang melalui tariq lain yang mempunyai tambahan perawi di
antara perawi tersebut dan orang yang meriwayatkan daripadanya.Cara
yang ketiga ini terdapat perbezaan dalam kalangan ulama’ kerana
kadang-kadang ia termasuk dalam al-Mazid Fi Muttasil al-Asanid.

HUKUMNYA

Ia adalah hadis dha’if kerana ia salah satu bentuk munqati’.Apabila jelas terbukti terputusnya sanad itu maka hukumnya adalah munqati’.
Karangan Yang terkenal
Kitab al-Tafsil Li Mubham al-Marasil karangan al-Khatib al-Baghdadi
____________________________________________________________
1.Kitab Taisir Mustolah Hadis karangan Dr.Mahmud Tahhan
2.Terjemahan Kitab Taisir Mustolah Hadis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...